Dakwaan langgar prosedur perpindahan pemain, Inter Miami disiasat MLS

Perpindahan pemain tengah Brazil, Casemiro ke Inter Miami disiasat MLS/ REUTERS

MIAMI, 23 Julai – Perpindahan secara percuma pemain tengah Brazil, Casemiro ke Inter Miami menimbulkan kontroversi berikutan dakwaan melanggar prosedur perpindahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • MLS menyiasat dakwaan pelanggaran prosedur perpindahan dan berpotensi mengenakan tindakan disiplin terhadap kelab terlibat.
  • Terma penyelesaian dengan LA Galaxy ditangguhkan sehingga siasatan MLS dimuktamadkan.
  • LA Galaxy mengesahkan perjanjian Hak Perundingan Utama; terma hanya akan diumumkan selepas siasatan selesai.

Perkara itu menyebabkan Inter Miami berdepan tindakan disiplin daripada Major League Soccer (MLS) berikutan dakwaan berkenaan.

Kehadiran pemain yang mengumpul 91 penampilan bersama skuad Selecao itu dijangka memperkukuh jentera tengah Inter Miami.

Namun terma penyelesaian antara kelabnya dengan LA Galaxy terpaksa ditangguhkan sehingga siasatan dimuktamadkan.

Casemiro yang meninggalkan Manchester United pada penghujung musim lepas, pernah membantu Brazil menjulang Copa America 2019 selain beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia.

Pihak MLS dalam satu kenyataan mengesahkan sedang mengumpul maklumat berkaitan dan enggan mengulas lanjut sehingga proses semakan selesai, manakala bentuk hukuman atau tempoh siasatan masih belum didedahkan.

Sementara itu, LA Galaxy menerusi hantaran di X mengesahkan satu kesepakatan mengenai Hak Perundingan Utama telah dicapai.

Namun terma perjanjian hanya akan diumumkan selepas siasatan MLS dimuktamadkan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.