Ratusan penduduk dipindahkan, kebakaran hutan merebak di selatan Perancis

Foto REUTERS

COTIGNAC, 22 Julai – Hampir 400 penduduk dari beberapa kampung dipindahkan selepas kebakaran hutan yang merebak dengan pantas di selatan Perancis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran merebak pantas di Gunung Gros Bessillon melebihi jangkaan walaupun angin semakin lemah.
  • Kira-kira 1,700 hektar hutan terbakar; operasi pemindahan dijalankan di kampung sekitar wilayah Var.
  • Dalam kejadian berasingan dekat Bordeaux, dua anggota bomba maut dan Presiden Macron mengucapkan takziah.

Pegawai wilayah Var, Simon Barbre berkata kebakaran merebak dengan cepat di Gunung Gros Bessillon di luar jangkaan berdasarkan keadaan cuaca dan angin yang semakin lemah.

Operasi pemindahan dilakukan di sekitar kampung Cotignac, Montfort-sur-Argens dan Correns, manakala kira-kira 1,700 hektar kawasan hutan dilaporkan terbakar.

Perkhidmatan cuaca Perancis, Meteo-France, memberi amaran keadaan kering melampau di kawasan itu meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Dalam kejadian berasingan berhampiran lapangan terbang Bordeaux, kira-kira 550 kilometer dari lokasi kebakaran utama, dua anggota bomba maut ketika sebuah jentera anggota tersebut terperangkap dalam kebakaran hutan kecil.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota bomba berkenaan melalui satu kenyataan di platform X.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.