
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-PETRONAS 2025 apabila membawa pulang tujuh anugerah termasuk empat Pemenang Emas dan tiga pemenang Perak.
- Noorshafik Othman (KLFM) dinobatkan Pemenang Emas Dokumentari Radio menerusi "Gubir Yang Berdarah".
- Mohammed Shahril Sarapudin dinobatkan Pemenang Emas Bicarawara Video menerusi "Bicara Naratif: Budaya Buli: #Youtouchyougo".
- Nor Ain Abu Bakar (RTM Perak) memenangi Pemenang Emas Lintas Langsung Berita Video dengan laporan nahas di Teluk Intan.
- Pasukan RTM Sabah meraih Pemenang Emas Kewartawanan ESG menerusi "Siri 1 Badang Kinabalu" dan "Siri 2 Stesen Pemancar Layang-Layang".
Noorshafik Othman dari KLFM dinobatkan sebagai Pemenang Emas kategori Dokumentari Radio Terbaik menerusi karya “Gubir Yang Berdarah”.
Mohammed Shahril Sarapudin pula muncul Pemenang Emas bagi kategori Bicarawara Video Terbaik menerusi “Bicara Naratif – Budaya Buli: #Youtouchyougo”.
Sementara itu, Nor Ain Abu Bakar dari RTM Perak memenangi kategori Lintas Langsung Berita Video Terbaik menerusi laporan “Lintas Langsung Nahas FRU di Teluk Intan”.
Bagi kategori Kewartawanan ESG Terbaik, pasukan RTM Sabah wartawan Iswadiman Dominikus, Nurhisyam Ismail dan Hossana Princely Joly dinobatkan sebagai Pemenang Emas menerusi karya “Siri 1 Badang Kinabalu” dan “Siri 2 Stesen Pemancar Layang-Layang”.
Selain itu, Noorazizah Ibrahim dari MUTIARAfm meraih Anugerah tempat kedua (Perak) bagi kategori Dokumentari Radio Terbaik menerusi karya “6 Dekad Penuh Memori (Sempena Hari Radio Sedunia)”.
Beliau turut memenangi Anugerah Kedua kategori Bicarawara Radio Terbaik menerusi karya “Erti Sebuah Maruah dan Kebangkitan”.
Sementara itu, Nurul Hidayah Md Nawai dari NASIONALfm dinobat sebagai pemenang Perak bagi kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik menerusi liputan “Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.
Kesemua Pemenang Emas membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.
Manakala penerima Anugerah Perak menerima wang tunai RM3,000 berserta sijil.