PRN N.Sembilan : Jangan mainkan isu institusi diraja, perlembagaan

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai ke arah para penyokong PH pada Majlis Pengumuman Calon PH sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang/ BERNAMA

KUALA PILAH, 15 Julai – Pihak yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 diingatkan supaya tidak menjadikan institusi diraja dan Perlembagaan Persekutuan sebagai bahan politik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan; jangan dijadikan bahan politik atau dipersoalkan demi kepentingan politik.
  • Persaingan politik perlu berhemah, elak fitnah dan tindakan yang mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
  • Arahkan jentera PH terus komited menjalankan amanah dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya institusi itu perlu dimuliakan manakala persaingan politik perlu berlangsung secara berhemah tanpa menyebarkan fitnah atau mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“ukan soal saya bimbang atau takut, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika perkara ini mula dijadikan isu politik, ia tidak akan membawa kebaikan. Sebab itu saya mengingatkan semua pihak supaya tidak melanggar prinsip Perlembagaan kerana perkara itu turut diperuntukkan dalam undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang, di sini.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau turut meminta jentera PH supaya terus memberikan komitmen dalam menjalankan amanah masing-masing, dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.