BN umum 25 calon bertanding PRN N. Sembilan

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mengangkat tangan bersama sebahagian calon pada majlis pengumunan Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi/ BERNAMA

SEREMBAN, 16 Julai – Barisan Nasional (BN) mengumumkan senarai 25 calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang menampilkan gabungan penyandang dan muka baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • BN memperuntukkan tujuh kerusi DUN kepada MCA dan empat kerusi kepada MIC untuk PRN Negeri Sembilan.
  • Sebanyak 11 kerusi DUN masih belum dimuktamadkan, termasuk Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan dan Gemas.
  • SPR menetapkan hari penamaan calon Sabtu ini, pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN memperuntukkan tujuh kerusi DUN kepada MCA manakala empat kerusi diserahkan kepada MIC pada PRN Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai calon yang diedarkan kepada media, terdapat 11 lagi kerusi DUN belum dimuktamadkan iaitu Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang, Gemas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera BN dan pengumuman calon bagi PRN di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.