Yamal buru pentas akhir sebagai hadiah hari lahir ke-19

Lamine Yamal. Foto/AFP

DALLAS, 14 JULAIBintang muda Sepanyol, Lamine Yamal tidak gentar dengan ancaman Perancis pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yamal yakin mara ke pusingan akhir sebagai hadiah ulang tahun ke-19.
  • Menganggap kemenangan separuh akhir sebagai hadiah terbaik untuknya.
  • Sudah menjaringkan satu gol dalam kempen, bersemangat menambah jaringan menentang Perancis.
  • Tidak fokus hanya pada jaringan, menerima cabaran dan jangka perlawanan menarik untuk penyokong.

Tonggak Barcelona berkenaan yakin La Roja akan mara ke pusingan akhir Piala Dunia, sekali gus menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-19.

“Saya ditanya sama ada saya takut kepada Perancis dan saya menjawab tidak. Kami ialah juara Eropah. Ia hanyalah satu perlawanan bola sepak.

“Saya belum menerima banyak hadiah. Hadiah terbaik ialah kemenangan pada aksi separuh akhir,” katanya.

Setakat ini, Yamal hanya meledak satu gol sepanjang kempen Piala Dunia, namun bersedia menambah jaringan apabila berdepan Perancis.

“Saya tidak terlalu memikirkan soal jaringan, tetapi sudah tentu menjaringkan gol dalam perlawanan seperti ini amat istimewa. Saya menerima cabaran itu dan itulah sebab saya berada di sini.

“Ini adalah perlawanan yang dinantikan semua orang dan saya yakin penyokong akan disajikan aksi yang menarik,” katanya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.