Hubungan parti komponen kerajaan kekal baik, profesional pasca PRN Johor

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Hubungan antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan kekal baik dan profesional selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua pihak kekal komited meneruskan kerjasama dan mengekalkan pentadbiran sehingga akhir penggal.
  • Kerajaan Perpaduan bergerak sebagai satu pasukan dan beroperasi secara profesional.
  • Ahmad Zahid hadir pada Majlis Amanat bersama kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills.
  • Beliau mengingatkan agar kenyataan dibuat secara berhemah untuk memelihara kestabilan dan keharmonian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak kekal komited untuk meneruskan kerjasama dan mengekalkan pentadbiran sehingga akhir penggal.

“Kita bergerak sebagai satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan secara profesional.

“Kita juga telah berjanji untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal dan itulah yang kami praktikkan,” katanya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditemui pada Majlis Amanat bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pihak untuk mengeluarkan kenyataan secara berhemah demi memelihara kestabilan dan keharmonian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.