
JOHOR BAHRU, 11 Julai – Kesemua 1,076 pusat mengundi di seluruh Johor ditutup tepat 6.00 petang tadi sekali gus berkahirnya proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
- Peratus keluar mengundi 67.44% atau lebih 1.8 juta pemilih setakat 5.00 petang.
- Pembukaan sampul undi pos disiarkan langsung di Facebook SPR bagi memastikan ketelusan.
- Kesemua peti undi dari 4,889 saluran dibawa ke pusat penjumlahan sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Proses penutupan pusat mengundi dilakukan secara berperingkat sejak dibuka seawal 8.00 pagi tadi dengan Balai Raya Pulau Besar di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh menjadi lokasi terawal ditutup, iaitu pada 11.00 pagi tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 67.44 peratus atau lebih 1.8 juta orang daripada keseluruhan 2.6 juta pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 5.00 petang tadi.
SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN Johor mampu mencecah hingga 70 peratus.
Menerusi siaran langsung Facebook SPR, pembukaan sampul undi pos boleh disaksikan secara terusbagi memastikan ketelusan proses demokrasi.
Tumpuan seluruh negara pastinya memfokuskan kepada keputusan siapakah 56 daripada 172 calon bertanding yang berjaya mendapat mandat rakyat.
Kesemua peti undi dari 4,889 saluran kini akan dibawa ke pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi diumumkan.