Laluan baharu Bukit Kayu Hitam-Sadao pacu pembangunan Perlis, Kedah, selatan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KLUANG, 10 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laluan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand dapat merancakkan pembangunan Perlis, Kedah dan selatan Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jajaran baru menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao tingkatkan hubungan rentas sempadan.
  • Projek dijangka merancakkan pembangunan di Perlis, Kedah dan kawasan selatan Thailand.
  • Perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia dan Thailand tunjukkan komitmen dua negara kepada kesalinghubungan.
  • Pembukaan jalur baharu mempercepat aliran perdagangan, memudah cara pergerakan rakyat dan dorong pertumbuhan ekonomi.

“Semalam, di Johor Puteri Wangsa. pagi tadi pergi ke Alor Setar sampai ke Bukit Kayu Hitam, saya pergi tolong bangunkan Kedah. Kita bawa Perdana Menteri Thailand, ingat senang nak bawa Perdana Menteri Thailand? Bukan di Kuala Lumpur, di belah utara. Semua itu dilakukan kerana kita mahu membantu rakyat di peringkat akar umbi”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Grand Finale DUN Layang-Layang, Simpang Renggam, Kluang.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, hari ini merasmikan jajaran jalan baharu yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao, Thailand.

Sementara itu, menerusi Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan pembukaan jajaran baharu itu mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk memperkukuh kesalinghubungan, mempercepat aliran perdagangan dan memudah cara pergerakan rakyat.

Setiap penambahbaikan di Bukit Kayu Hitam – Sadao membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat serta manfaat lebih besar kepada rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.