
IPOH, 18 Oktober -Jumlah penduduk yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak meningkat kepada 426 orang daripada 153 keluarga setakat tengah hari ini.
- PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol menempatkan 181 penduduk daripada 57 keluarga.
- Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 menempatkan 138 penduduk daripada 60 keluarga.
- PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor menempatkan 90 penduduk daripada 27 keluarga.
- Dewan Perdana Trong menempatkan 17 penduduk daripada sembilan keluarga.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu berbanding 407 penduduk daripada 147 keluarga pagi tadi.
Setakat pukul 12.00 tengah hari, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol menempatkan 181 penduduk daripada 57 keluarga.
Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 pula menempatkan 138 penduduk daripada 60 keluarga.
“Seramai 90 penduduk daripada 27 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor, manakala Dewan Perdana Trong menempatkan 17 penduduk daripada sembilan keluarga,” menurut kenyataan itu.
Keempat-empat PPS itu dibuka secara berperingkat antara pukul 6.00 petang hingga 8.30 malam semalam.
Sementara itu, jumlah penduduk terjejas ribut yang masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Matang kekal 56 orang daripada 21 keluarga.