PM ucap tahniah kepada Low Zi Yu-Genevie Lim

Foto Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan cemerlang merangkul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar anggap pencapaian itu amat membanggakan, melakar sejarah baharu dan menyeru mereka teruskan momentum.
  • Pasangan itu menewaskan gandingan Jepun 15-7, 9-15, 15-12 di Stadium Antarabangsa Kaherah.
  • Kejayaan menamatkan 34 tahun penantian Malaysia untuk kejuaraan beregu wanita sejak 1992.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar menyifatkan kejayaan gandingan muda itu sebagai satu pencapaian yang amat membanggakan serta melakar sejarah baharu bagi arena badminton tanah air.

“Syabas, teruskan momentum dan harumkan nama Malaysia!,” katanya.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Kaherah semalam, pasangan pilihan kedua kejohanan tersebut menampilkan aksi bertenaga sebelum menundukkan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio dengan keputusan 15-7, 9-15, 15-12.

Kemenangan bersejarah itu menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung dalam acara beregu wanita sejak kejohanan berkenaan mula dipertandingkan pada 1992.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.