PRN Johor: Arthur berpuas hati dengan perjalanan kempen di Bukit Batu

 Calon PH N51 Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern/ BERNAMA

KULAI, 10 Julai – Calon Pakatan Harapan (PH) N51 Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berpuas hati dengan perjalanan kempen selama dua minggu di kawasan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 150 lokasi dan program dilaksanakan sepanjang tempoh berkempen.
  • Manifesto ditawarkan kepada golongan belia secara bersemuka dan melalui platform dalam talian.
  • Sesi walkabout diadakan sekitar kawasan menerima maklum balas positif daripada pengundi.
  • Beliau menyeru pengundi hadir esok untuk memberi mandat semula kepadanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu memaklumkan, lebih 150 lokasi serta program berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

“Kami menawarkan manifesto kepada golongan belia sama ada secara bersemuka mahupun menerusi platform dalam talian. Selain itu, sesi walkabout yang diadakan di sekitar kawasan turut menerima maklum balas yang positif daripada pengundi”, katanya.

Beliau menyeru pengundi beramai-ramai menunaikan tanggungjawab esok, seterusnya memberi mandat semula kepada beliau.

Daftar pemilih di Bukit Gambir sehingga 31 Mei adalah seramai 49, 879 orang

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.