
KUALA LUMPUR, 10 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh anak Johor termasuk yang berada di perantauan agar pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.
- Pilihan Raya Negeri dianggap detik penting yang menentukan hala tuju masa depan negeri dan rakyat Johor.
- Peluang untuk menolak mereka yang mempertahankan pencuri wang rakyat dan politik yang muflis dari segi idea.
- Doa agar Allah memberkati Johor serta menganugerahkan kepimpinan amanah, membuka lembaran baharu makmur, adil dan sejahtera.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pilihan raya negeri merupakan detik penting yang akan menentukan hala tuju masa depan negeri serta rakyat Johor.
Perdana Menteri berkata pilihan raya itu adalah peluang untuk menolak mereka yang mempertahankan pencuri wang rakyat, serta menolak politik yang muflis daripada segi idea dan hanya bergantung kepada hasutan kebencian kaum dan agama demi meraih undi.
“Semoga Allah SWT memberkati Johor dan mengurniakan negeri ini kepimpinan yang amanah serta membuka lembaran baharu yang lebih makmur, adil dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor,” katanya.