
ISTANBUL, 10 Julai- Jurucakap Hamas, Hazem Qassem terselamat daripada serangan udara Israel ketika serangan di seluruh Semenanjung Gaza meragut enam nyawa pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik stesen televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Arab Saudi.
- Satu serangan udara Israel dilaporkan mensasarkan kereta Hazem Qassem, menurut sumber keselamatan di Gaza.
- Qassem tidak berada dalam kenderaan semasa serangan; pengawal peribadinya dilaporkan terbunuh.
- Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin maut dan 20 cedera dalam serangan di Gaza dalam tempoh 24 jam, dengan pelanggaran gencatan terus berlaku.
Seorang sumber keselamatan di Gaza dilaporkan berkata satu daripada serangan udara Israel itu menyasarkan kereta Qassem.
Qassem tidak berada di dalam kenderaan itu ketika serangan berlaku, namun pengawal peribadinya dilaporkan terbunuh.
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam serangan Israel di seluruh Gaza sepanjang 24 jam lepas, ketika pelanggaran terhadap gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober lepas terus berlaku.
Sejak bermulanya tindakan genosid Israel di Gaza pada 8 Oktober 2023, seramai 73,118 rakyat Palestin terbunuh dan 173,615 lagi cedera, selain kemusnahan meluas yang menjejaskan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam. -BERNAMA-ANADOLU