Taufan Bavi hampiri Taiwan, penduduk digesa bersedia

Rakaman imej satelit selang masa menunjukkan pergerakan Taufan Bavi/Reuters

TAIPEI, 10 Julai- Pergerakan Taufan Bavi ke arah barat merentasi Laut Filipina dirakam menerusi imej satelit oleh Institut Kerjasama Penyelidikan Atmosfera (CIRA) pada Rabu dan Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa gesa penduduk bersedia, simpan bekalan untuk kemungkinan taufan paling kuat melanda Taiwan sejak 2024.
  • NCM ramal Bavi akan melintasi utara Taiwan sebelum melanda wilayah Fujian, timur China pada petang Sabtu.
  • Peramal Jason Chang kata Bavi dijangka menjadi ribut terbesar melanda Taiwan sejak 1987, kejadian seumpama itu jarang berlaku.

Ribut berkenaan terus menghampiri Taiwan pada Jumaat dengan pihak berkuasa menggesa penduduk membuat persediaan termasuk menyimpan bekalan keperluan bagi menghadapi kemungkinan taufan paling kuat melanda negara itu sejak 2024.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NCM), Bavi dijangka bergerak melepasi utara Taiwan sebelum melanda wilayah Fujian di timur China pada petang Sabtu.

Sementara itu, agensi cuaca Filipina memaklumkan taufan berkenaan semakin lemah ketika bergerak laju ke arah barat laut di Laut Filipina.

Peramal Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, Jason Chang berkata Bavi dijangka menjadi ribut paling besar melanda Taiwan sejak 1987, dengan kejadian taufan bersaiz sedemikian dianggap jarang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.