
JOHOR BAHRU, 9 Julai – Seramai 1.21 juta tenaga kerja dalam sektor ekonomi gig dengan sebahagian besar daripadanya kurang latihan kemahiran.
- Timbalan Perdana Menteri menyeru pekerja ekonomi gig disediakan peluang mengikuti kursus TVET untuk peningkatan kemahiran dan latihan semula.
- Langkah itu bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran berbanding bergantung kepada pekerjaan pemandu kenderaan dalam sektor gig.
- Beliau mencadangkan kabinet benarkan penggunaan peruntukan HRD Corp kira-kira RM3 bilion untuk kursus TVET pekerja gig.
- Pelaksanaan akan diatur bersama Menteri Sumber Manusia dan memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan serta dana sumbangan syarikat dimanfaatkan.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan kepentingan pekerja ekonomi gig khususnya golongan muda diberikan peluang untuk mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan semula menerusi kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, menerusi langkah tersebut dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran berbanding hanya bergantung sebagai pemandu kenderaan dalam sektor ekonomi gig.
“Saya telah mencadangkan perkara ini kepada kabinet supaya pekerja gig diberikan kursus TVET menggunakan peruntukan disalurkan kepada HRD Corp berjumlah kira-kira RM3 bilion.
“Usaha ini akan diaturkan bersama Menteri Sumber Manusia dengan kelulusan Kementerian Kewangan agar dana yang disumbangkan oleh semua syarikat dimanfaatkan untuk kursus berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Apa Kata Siswa Politeknik Ibrahim Sultan, di sini, hari ini.