Lelaki ditahan, syabu bernilai lebih RM450,000 dirampas

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng/ BERNAMA

GEORGE TOWN, 9 Julai – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah di Nibong Tebal, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sembilan kilogram syabu cecair dirampas, bernilai lebih RM450,000.
  • Sindiket dipercayai aktif menjalankan kegiatan sejak Mei di sekitar Nibong Tebal.
  • Polis menyita harta bernilai kira-kira RM70,000; kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebanyak sembilan kilogram (kg) dadah jenis cecair syabu bernilai lebih RM450,000 berjaya dirampas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng menerusi kenyataan berkata sindiket itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak Mei lalu di sekitar Nibong Tebal.

Polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita harta bernilai kira-kira RM70,000.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.