Kematian akibat gelombang haba di Belgium meningkat mendadak

Foto AFP

BRUSSELS, 9 Julai – Gelombang haba yang melanda Belgium menyebabkan jumlah kematian pada Jun meningkat dengan ketara berbanding tempoh sebelumnya, menurut pihak berkuasa kesihatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Institut Kesihatan Awam Sciensano merekodkan 1,747 kematian antara 18 Jun dan 1 Julai.
  • Kematian meningkat daripada 1,222 kepada 1,747, mencatat kenaikan sebanyak 47 peratus.
  • Brussels mencatat suhu 35 darjah Celsius beberapa hari, manakala kawasan lain merekod antara 38 hingga 40 darjah.
  • Puncak kadar kematian berlaku pada 27 dan 28 Jun; gelombang haba baru dijangka melebihi 30 darjah selama lima hari berturut-turut.

Institut Kesihatan Awam Sciensano memaklumkan negara itu merekodkan sebanyak 1,747 kematian sepanjang tempoh 18 Jun hingga 1 Julai, meningkat daripada 1,222 kematian bagi tempoh 18 hingga 29 Jun yang diumumkan minggu lalu.

Kadar kematian itu menyaksikan peningkatan sebanyak 47 peratus.

Walaupun Belgium tidak mencatat rekod suhu tertinggi bagi bulan Jun, suhu di Brussels mencecah 35 darjah Celsius selama beberapa hari berturut-turut, manakala di beberapa kawasan lain meningkat antara 38 hingga 40 darjah Celsius.

Puncak kadar kematian tertinggi direkodkan pada 27 dan 28 Jun.

Satu lagi gelombang haba dijangka melanda Belgium dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu maksimum berpotensi melebihi 30 darjah Celsius selama lima hari berturut-turut bermula Sabtu ini. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.