Kerajaan pergiat usaha kukuh bekalan elektrik Sabah, pastikan agihan adil

Gambar hiasan/ RTM

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Kerajaan sedang mempergiat usaha memperkukuh sistem bekalan elektrik di Sabah melalui penambahbaikan infrastruktur dan pelaksanaan pelbagai inisiatif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan agihan tenaga adil melalui kerjasama antara pihak elektrik Semenanjung dan Sabah untuk atasi kegagalan agihan sebelum ini.
  • Memperkukuh infrastruktur grid, meluaskan penggunaan BESS serta meneroka penyelesaian lain sesuai keperluan sistem Sabah.
  • Kurangkan gangguan bekalan, perkukuh rangkaian penghantaran dan sejajarkan pembangunan tenaga Sabah dengan agenda peralihan tenaga negara.

Langkah itu bertujuan bagi memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil serta agihan tenaga yang lebih adil kepada rakyat.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, antara langkah yang sedang dilaksanakan termasuk memperkukuh infrastruktur grid, memperluaskan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) serta meneroka penyelesaian lain yang bersesuaian dengan keperluan sistem bekalan elektrik Sabah.

“Kita sedang berbincang sebenarnya antara pihak elektrik di Semenanjung dan Sabah supaya kegagalan agihan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi, sekali gus memastikan agihan yang adil dapat diberikan kepada negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan usaha tersebut penting bagi mengurangkan gangguan bekalan elektrik, selain memperkukuh rangkaian penghantaran tenaga serta memastikan pembangunan sektor tenaga di Sabah bergerak seiring dengan agenda peralihan tenaga negara.

Tegas beliau, komitmen kerajaan adalah memastikan setiap rakyat, tanpa mengira negeri, menikmati akses kepada bekalan elektrik yang lebih stabil, berkualiti dan berdaya harap, selaras dengan aspirasi pembangunan tenaga negara yang inklusif.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.