
LABUAN, 8 Julai – Seramai sembilan individu menerima kit pemula perniagaan menerusi Projek Pendayaan Komuniti UniMadani, Projek Pembuatan Kuih dan Makanan Tradisional Tempatan Komuniti Warga Emas Labuan.
- Penerima terdiri daripada ahli PAWE, usahawan belia dan pensyarah FKAL UMS.
- Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Projek, Pensyarah Kanan FKAL, Dr Suzillah Sidek.
- Projek melibatkan tiga siri program: pengurusan perniagaan, kemahiran pembuatan makanan tradisional dan pemprosesan sejuk beku.
- Program tingkatkan kualiti produk, nilai tambah dan akses pasaran lebih luas sambil mengukuhkan kerjasama UMS, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PAWE.
Individu yang menerima kit tersebut terdiri ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labuan, usahawan belia dan pensyarah Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL).
Penyerahan disempurnakan oleh Pensyarah Kanan, FKAL, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku Ketua Projek, Dr Suzillah Sidek.
Pelaksanaan projek komuniti meliputi tiga siri program pemindahan ilmu bagi memastikan pembangunan kemahiran yang menyeluruh.
Siri pertama beri penekanan kepada pengurusan perniagaan dan pembangunan keusahawanan, siri kedua menerapkan kemahiran menghasilkan makanan tradisional tempatan dan siri ketiga program pengenalan teknologi dan pemprosesan sejuk beku makanan.
Program itu turut membuka peluang kepada peserta untuk menghasilkan produk makanan tradisional yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah bagi pasaran yang lebih luas, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara UMS, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PAWE Labuan.