
KLUANG, 7 Julai – Seramai 4,085 anggota tentera dan pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, Kluang, hari ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
- Pusat mengundi dibuka 8 pagi hingga 5 petang; sesi pagi untuk anggota hadir bersama pasangan, sesi petang untuk anggota tentera bujang.
- Kerusi N29 Mahkota menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PH Dr Mohd Zuhan Mohd Zain, BN Syed Hussien Syed Abdullah dan BERSAMA Abd Hamid Ali.
- Sembilan saluran mengundi disediakan bagi melancarkan proses pengundian.
Pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan sesi sebelah pagi dikhaskan kepada anggota tentera yang hadir bersama pasangan, manakala sesi sebelah petang melibatkan anggota tentera bujang.
Kerusi N29 Mahkota menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain; calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah; dan calon BERSAMA, Abd Hamid Ali.
Pada Pilihan Raya Kecil Mahkota sebelum ini, penyandang kerusi tersebut, Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.
Sebanyak sembilan saluran mengundi disediakan di Dewan Mahkota, Kem Mahkota bagi melancarkan proses pengundian.