PM mahu tindakan segera FELDA tangani isu perumahan generasi kedua, pemilikan tanah

Isu tidak boleh diteruskan berlarutan dan mahu tindakan segera berpaksikan kepentingan warga FELDA / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) disaran melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang ‘membelenggu’ warga peneroka khususnya melibatkan perumahan generasi kedua serta pemilikan tanah.

RINGKASAN BERITA AI
  • FELDA mesti mempercepat usaha menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah peneroka.
  • Setiap permasalahan perlu diteliti cermat dan disertai pelan penyelesaian jelas serta tindakan segera.
  • Kerajaan MADANI akan memperkukuh FELDA bagi memastikan langkah memberi manfaat nyata kepada peneroka dan keluarga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook menyatakan isu berkenaan tidak boleh diteruskan berlarutan dan mahu tindakan segera berpaksikan kepentingan warga FELDA.

“Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas,”jelasnya.

Datuk Seri Anwar menyatakan Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksana benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.