KEO 2026 : PM ucap tahniah kepada 17 pelajar Malaysia

Tingkatkan usaha, moga catat lebih banyak kejayaan pada masa hadapan / Foto Pertubuhan Saintis Muda Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada 17 pelajar Malaysia yang mengharumkan nama negara dengan merangkul sembilan anugerah keseluruhan dan membawa pulang 22 pingat dalam pertandingan Koala Excellence Olympiad (KEO) 2026 Peringkat Antarabangsa di Macau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontinjen Malaysia membawa pulang lima pingat emas, enam perak dan 11 gangsa.
  • Aidah Misran, penyelaras Pertubuhan Saintis Muda Malaysia, mengetuai kontinjen negara.
  • Pertandingan dianjurkan oleh KEO dan Miss Man International Group, diselaraskan di Malaysia oleh MYSO.
  • KEO platform antarabangsa oleh pakar pendidikan Australia, menguji bahasa Inggeris, matematik, sains dan seni.

“Tahniah anak-anak Malaysia yang catat keputusan cemerlang di bumi Macau. Tingkatkan usaha, moga catat lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, insya-Allah,”demikian catatan Perdana Menteri di Facebook.

Penyelaras Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO), yang juga ketua kontinjen Malaysia ke Macau Aidah Misran terdahulu memaklumkan secara keseluruhan, kontinjen Malaysia membawa pulang lima pingat emas, enam perak dan 11 gangsa.

Pertandingan anjuran KEO dan Miss Man International Group dan diselaraskan di Malaysia oleh MYSO menghimpunkan pelajar dari pelbagai negara dalam Olympiad Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Seni.

KEO merupakan platform pertandingan antarabangsa yang dibangunkan pakar pendidikan Australia merangkumi empat disiplin, iaitu bahasa Inggeris yang menguji bacaan, ejaan dan penulisan peserta, matematik (penaakulan logik), sains (pemerhatian, reka bentuk eksperimen dan tafsiran data) serta seni (karya seni dan pernyataan artis).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.