
MUAR, 6 Julai – Setiap pelaksanaan projek strategik negara termasuk perolehan telaga gas kedua terbesar dunia di Turkmenistan tidak boleh berlaku ketirisan.
- Kepimpinan masa hadapan perlu berintegriti dalam melaksanakan projek strategik negara.
- Projek dijangka menjana puluhan bilion ringgit kepada negara dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.
- Jaminan bekalan petroleum dan gas untuk kira-kira 20 hingga 30 tahun memberi kestabilan tenaga.
- Jaga negeri, kawal pengurusan supaya tiada orang mencuri atau wujud ketirisan.
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepimpinan masa hadapan agar terus berintegriti kerana pelaksanaan projek tersebut dijangka menjana pulangan puluhan bilion ringgit kepada negara.
Pencapaian besar itu turut memberi manfaat kepada generasi akan datang melalui jaminan bekalan petroleum sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 tahun.
“Mereka (rakyat) tanya (sama ada) Malaysia boleh untung sekarang ke? Tidak. Sebab dia (projek itu) baru start (mula) sekarang. Untuk anak cucu kita termasuk di Johor akan ada jaminan bekalan gas (untuk tempoh) 20 hingga 30 tahun. ”
“Berpuluh-puluh bilion ringgit akan masuk. Itu sebab semua orang mahu manage (uruskan). Mahukan jawatan sebab puluhan bilion (ringgit) akan masuk. Jadi jaga negeri (Johor) supaya tiada orang yang curi,” tambahnya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan di Muar.