PM bertemu Li Qiang, perluas akses pasaran durian ke China

Lambakan hasil durian menyebabkan harga raja buah itu merudum dan membimbangkan pekebun – Foto Bernama

MUAR, 6 Julai – Malaysia akan memanfaatkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China bagi memperluas akses pasaran durian tempatan, sekali gus membantu meningkatkan permintaan dan menstabilkan harga raja buah itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lambakan durian menyebabkan harga merudum dan menjejaskan pendapatan pekebun.
  • Pekebun minta PM naikkan harga, import banyak ke China; PM: "Saya akan cuba".
  • PM akui standard China sangat tinggi tetapi akan runding kerana China anggap kita kawan.
  • Anwar berucap pada sesi ramah mesra di Dewan Undangan Negeri Gambir, Muar malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibawa dalam meja rundingan bersama rakan sejawatannya dari China, Li Qiang yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Langkah berkenaan susulan kejatuhan harga durian tempatan akibat lambakan hasil ketika ini yang menjejaskan pendapatan pekebun.

“Saya pergi Gambir untuk minum kopitiam. Dia (pekebun) tanya semua. Tidak bolehkah PM tolong bagi naik harga durian, import banyak ke China. Saya akan cuba. Ada durian baik, bagi saya bawa pergi China.”

“China punya standard tinggi, tinggi sangat tapi saya (akan cuba) runding. Sebab apa saya sebut begitu, senang saya boleh cakap. Sebab apa? Sebab China anggap kita kawan. Sebab itu di Malaysia, kita kena kawan dengan semua,” kata Perdana Menteri.

Beliau berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Muar malam tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.