PRN Johor : Berkempen secara sihat, elak kempen toksik di media sosial

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

BATU PAHAT, 5 Julai – Semua pihak diseru supaya berkempen secara sihat dan beretika sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galakkan kempen bersih dan beretika; elakkan kenyataan cacian serta makian dalam media sosial.
  • Laporan diterima mengenai akaun WhatsApp palsu yang meniru identiti seorang calon; awasi penyalahgunaan identiti.
  • Tekankan kepentingan etika komunikasi supaya tidak menimbulkan budaya mencaci atau memaki hamun.
  • Seruan itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi semasa Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia susulan terdapat segelintir pengguna media sosial yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat toksik dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk cacian dan makian sepanjang tempoh kempen.

“Kalau boleh, kita mahu berkempen secara bersih dan sihat. Kita tidak mahu budaya mencaci atau memaki hamun”, katanya.

Dalam pada itu, Datuk Fahmi turut memaklumkan, pihaknya menerima satu aduan berhubung kewujudan akaun Whatsapp palsu yang dikesan menggunakan identiti seorang calon Pakatan Harapan yang bertanding pada PRN Johor.

Beliau berkata demikian semasa Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan di Parit Maimon, Batu Pahat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.