
JOHOR BAHRU, 4 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting, terutama dalam memastikan kemajuan serta pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Kerajaan sealiran memudahkan pelaksanaan polisi dan dasar secara lebih lancar.
- PM menegaskan beliau tidak mahu bergaduh, mahu menjaga Johor dan Pulau Pinang serta menggesa semua pihak bekerjasama.
- Menggesa pengundi berdaftar hadir pada PRN Johor 11 Julai untuk memilih wakil rakyat dan membentuk kerajaan Johor.
Menurut Datuk Seri Anwar, kerajaan yang sealiran juga akan membolehkan segala polisi dan dasar dilaksana dengan lebih lancar.
“Kalau Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sealiran, senanglah kerja. Ini tidak, saya cakap lain, mereka bergaduh-gaduh lain. Saya datang ke Johor bukan untuk bergaduh. Saya mahu menjaga dengan baik. Johor negeri saya, Pulau Pinang negeri saya. Semua pihak mesti bekerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Dialog PMX Bersama Masyarakat Cina di Johor Bahru.
Dalam masa yang sama, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini, beliau menggesa semua pengundi berdaftar supaya hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih wakil rakyat dan membentuk Kerajaan Johor.