
KULAI, 4 Julai – Satu laporan rasmi dibuat kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) semalam susulan papan tanda kempen calon Pakatan Harapan N50 Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani didakwa dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.
- Papan tanda kempen Mohamad Shafwan dikoyakkan di muka, dikesan di Persimpangan Masuk Felda Taib Andak Felda Inas.
- Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
- Walau kecewa dengan sikap tidak matang, beliau tetap meneruskan kempen secara sihat mengikut garis panduan SPR.
Beliau turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Mohamad Safwan memaklumkan, papan tanda kempen itu dikoyakkan tepat di bahagian muka dan disedari berlaku di Persimpangan Masuk Felda Taib Andak – Felda Inas di sini semalam.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap inividu yang masih tidak mempraktikkan politik matang pada PRN kali ini.
“Ketika ini, ketika berkempen semua jentera saya mengikut garis panduan SPR telah tetapkan untuk semua. Namun, semalam papan tanda kempen saya di kawasan Taib Andak, Felda Inas dikhianati oleh seseorang.
“Saya pun tidak tahu siapa dan walaupun diprovokasi sebegitu, kami tetap teruskan kempen macam biasa dan mengikut undang-undang,” katanya.
Jelas beliau, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan akan terus melakukan kempen secara sihat dan matang.