Amalan turun padang dan menyantuni rakyat bukan amalan bermusim – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Jalinan Mesra PMX Bersama Belia Johor sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR)/Foto BERNAMA 

JOHOR BAHRU, 4 Julai – Amalan turun padang dan menyantuni rakyat perlu dijadikan budaya dalam pentadbiran, bukan hanya dilakukan ketika musim pilihan raya, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amalan turun padang dan menyantuni rakyat perlu menjadi budaya pentadbiran, bukan amalan bermusim semasa pilihan raya.
  • Kerajaan MADANI memberi keutamaan kebajikan rakyat termasuk menaik taraf gerai dan warung peniaga kecil di seluruh negara.
  • Perdana Menteri menetapkan lawatan setiap Jumaat ke gerai dan warung sebelum solat Jumaat bagi menilai kemudahan dan mendengar rakyat.
  • Pendekatan turun padang mencerminkan komitmen kerajaan untuk memberi perhatian dan tindakan terhadap isu yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Beliau menekankan, kerajaan MADANI juga akan terus memberi keutamaan kepada usaha menjaga kebajikan rakyat termasuk peniaga kecil dengan menaik taraf gerai dan warung yang diusahakan mereka di seluruh negara.

“Bukan tunggu musim pilihan raya baru hendak turun ke gerai, bersalaman dengan rakyat atau mengunjungi warung. Budaya seperti itu perlu dihentikan.

“Dalam Kerajaan MADANI, kita mahu menunjukkan teladan dengan sentiasa turun padang dan mendekati rakyat. Itu agenda utama kami,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau menetapkan jadual setiap hari Jumaat untuk mengunjungi gerai dan warung di pelbagai lokasi sebelum menunaikan solat Jumaat bagi melihat sendiri keadaan kemudahan yang disediakan serta mendengar pandangan rakyat.

Menurutnya, pendekatan itu mencerminkan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat sentiasa diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.