Iran beri amaran Selat Hormuz bukan medan pamer kekuatan

Foto AFP

TEHRAN, 4 Julai – Iran memberi amaran Selat Hormuz bukan medan untuk negara asing mempamerkan kekuatan ketenteraan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Menteri Luar Iran menegaskan keselamatan Selat Hormuz perlu dipelihara bersama oleh negara pesisir.
  • Mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan di perairan itu akan ditanggungjawab sepenuhnya.
  • Oman bersetuju bekerjasama dengan United Kingdom dan Perancis untuk memastikan pelayaran kekal selamat.
  • UK dan Perancis sedia melancarkan operasi ketenteraan multinasional; Perancis mengekalkan aset pemusnah di Asia Barat.

Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Perundangan dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi menerusi satu hantaran di media sosial pada Sabtu menegaskan Iran sebagai negara serantau yang bertanggungjawab serta penjaga Selat Hormuz memberi amaran terhadap sebarang tindakan ketenteraan di laluan perairan itu.

Beliau turut menekankan keselamatan Selat Hormuz perlu dipelihara secara bersama oleh negara-negara pesisirnya dan mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Sementara itu, Oman dilaporkan bersetuju untuk bekerjasama dengan United Kingdom dan Perancis bagi memastikan perairan itu kekal selamat untuk pelayaran, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh UK dan Perancis pada Jumaat.

Kenyataan itu juga menyebut, kedua-dua negara Eropah itu juga bersedia melancarkan operasi ketenteraan multinasional jika perlu bagi menjamin kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi hantaran di media sosial berkata aset pemusnah periuk api milik Perancis akan kekal ditempatkan di Asia Barat dan negara itu bersedia membantu memulihkan keselamatan pelayaran melalui Selat Hormuz.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.