
SEGAMAT, 4 Julai- Hari kelapan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi calon Pakatan Harapan (PH) di Tenang, Elia Nadira, dilaporkan berjalan lancar dengan penerimaan positif daripada masyarakat setempat.
RINGKASAN BERITA AI
- Kempen fokus kepada pemerkasaan pendidikan, pembangunan pelancongan dan sokongan kepada sektor pertanian.
- Aktiviti siang termasuk menyertai Senam Sihat di Dataran Labis dan turun padang di Sawah Baru.
- Menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat, program Santai Petang di pusat rekreasi kolam air panas dan ceramah kelompok malam.
Kempen beliau memberi tumpuan kepada pemerkasaan sektor pendidikan, pelancongan dan pertanian di kawasan berkenaan.
Calon PH itu memulakan program hari kelapan dengan menyertai Senam Sihat di Dataran Labis bersama penduduk tempatan, sebelum meneruskan aktiviti turun padang di Sawah Baru.
Beliau turut menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta program Santai Petang di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas.
Kempen kemudiannya diteruskan pada sebelah malam menerusi ceramah kelompok bersama komuniti di Jalan Tenang.