
KANSAS CITY, 4 Julai – Colombia mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Ghana 1-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik, awal pagi tadi.
- Jhon Arias jaringkan gol tunggal pada minit ke-14 hasil hantaran lintang Luis Suarez.
- Suarez dimasukkan selepas Jhon Cordoba cedera seawal perlawanan; gol Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid.
- Penjaga gol Ghana Lawrence Ati Zigi membuat beberapa penyelamatan; Colombia akan berdepan Switzerland di Vancouver pada pusingan 16.
Jhon Arias muncul wira Colombia apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-14 menerusi penyudah jarak dekat hasil hantaran lintang Luis Suarez.
Suarez dimasukkan sebagai pemain gantian selepas penyerang utama, Jhon Cordoba, mengalami kecederaan seawal perlawanan.

Colombia hampir menggandakan kelebihan pada minit ke-56 menerusi Luis Diaz, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.
Ghana turut mencipta beberapa peluang, namun penjaga golnya, Lawrence Ati Zigi, terpaksa bekerja keras apabila melakukan beberapa aksi menyelamat bagi mengelakkan kekalahan lebih besar.
Colombia akan bertemu Switzerland pada aksi pusingan 16 terbaik di Vancouver, Selasa ini. – REUTERS