
HOUSTON, 4 Julai – Kanada perlu beraksi lebih agresif di benteng pertahanan bagi mengekang kekuatan Maghribi menjelang pertemuan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026, awal pagi esok.
- Maghribi sukar ditewaskan; hampir tiada kelemahan terutama di bahagian tengah dengan pemain pantas dan berkualiti.
- Jurulatih menegaskan semua pemain mesti mematuhi perancangan taktikal untuk mengelakkan lawan mengambil kesempatan.
- Alphonso Davies disahkan sedia diturunkan; Kanada masih bertekad melangkah lebih jauh dalam kejohanan.
Jurulatih Kanada, Jesse Marsch berkata, Maghribi merupakan pasukan yang sukar ditewaskan dan hampir tidak mempunyai kelemahan, terutama di bahagian tengah yang memiliki pemain pantas serta berkualiti.
Beliau berkata, semua pemain perlu mematuhi perancangan taktikal bagi mengelakkan lawan mengambil kesempatan.
Menurut Marsch, walaupun Kanada sudah mencipta sejarah dengan mara ke pusingan 16 terbaik, pasukannya masih bertekad untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan.
Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan pemain utama, Alphonso Davies, bersedia diturunkan selepas kembali beraksi sebagai pemain gantian ketika Kanada menewaskan Afrika Selatan pada pusingan 32 terbaik.
Kanada akan berdepan Maghribi di Houston bagi merebut tiket ke suku akhir.
Maghribi berusaha mengulangi pencapaian cemerlang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. – REUTERS