Lelaki maut selepas motosikal terbabas ke dalam gaung

Mangsa, Zahidan Nor, 46 tahun, dari Kampung Cherating, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. / Foto JBPM

KUANTAN, 4 Julai – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter berhampiran jejambat ASPA Cottage di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenalpasti sebagai Zahidan Nor, 46, dari Kampung Cherating; disahkan meninggal di lokasi oleh petugas KKM.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.18 malam dan BBP Gebeng tiba kira-kira empat minit kemudian.
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dasar gaung dengan kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.
  • Operasi penyelamatan menggunakan teknik tali tinggi atau High Rope Rescue; dua anggota diturunkan untuk membawa keluar mangsa.

Mangsa, Zahidan Nor, 46 tahun, dari Kampung Cherating, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.18 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng kemudian digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dasar gaung dengan kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan menerusi teknik tali tinggi atau ‘High Rope Rescue’, dengan dua anggota diturunkan ke dalam gaung bagi membawa keluar mangsa,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.