
JOHOR BAHRU, 4 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, menahan 78 warga asing di dua buah kilang di Larkin, di sini pada pagi Jumaat, dipercayai bekerja tanpa kebenaran, dan gagal mengemukakan dokumen sah.
- Seorang warga tempatan yang bekerja sebagai pegawai sumber manusia turut ditahan.
- Tahanan terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar, berumur lingkungan 19 hingga 48 tahun.
- Operasi dibuat susulan maklumat majikan menggajikan warga asing secara tidak sah untuk mengelakkan kos penggajian tinggi.
- Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan serbuan turut menahan seorang warga tempatan yang bekerja sebagai pegawai sumber manusia.
“Kesemua ditahan terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar, berumur lingkungan 19 hingga 48 tahun.
“Operasi dibuat susulan maklumat diterima, behubung majikan menggajikan warga asing secara tidak sah, bagi mengelakkan kos penggajian tinggi,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.