
SAN FRANCISCO, 2 JULAI – Jurulatih Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino menyifatkan kad merah yang dilayangkan kepada penyerang, Folarin Balogun ketika menentang Bosnia and Herzegovina sebagai tidak wajar.
- Pochettino anggap kad merah kepada Balogun tidak wajar, tiada niat memijak, situasi biasa ketika perebutan bola.
- Semakan VAR pada minit 64 mendapati Balogun memijak pertahanan Tarik Muharemovic, membawa kepada pengusiran.
- Rakan sepasukan Pulisic pertahankan bahawa keputusan itu tidak adil; menurut peraturan FIFA penggantungan automatik tidak boleh dirayu.
Balogun dibuang padang selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) pada minit ke-64 mendapati dia memijak kaki pertahanan lawan, Tarik Muharemovic.
Menurut bekas pengendali Tottenham Hotspur dan Chelsea itu, kekasaran dalam bola sepak adalah perkara biasa terutama jika berada dalam situasi perebutan bola.
“Bagi saya, itu bukan kad merah. Dia langsung tidak berniat untuk memijak pemain. Situasi itu normal dalam bola sepak ketika perebutan bola. Ya, mungkin kelihatan keras, tetapi ia tidak disengajakan,” kata Pochettino
Rakan sepasukan, Christian Pulisic, turut mempertahankan Balogun dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil.
Berdasarkan peraturan FIFA, penyerang berusia 24 tahun itu akan digantung secara automatik pada pusingan 16 terbaik menentang Belgium dengan hukuman berkenaan tidak boleh dirayu.