SPA komited tambah baik kaedah pemilihan penjawat awam

Foto BERNAMA

KAJANG, 1 Julai – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sentiasa menilai dan menambah baik kaedah pengambilan penjawat awam, termasuk Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), bagi memastikan mekanisme pemilihan kekal relevan serta berupaya mengenal pasti calon terbaik untuk menyertai perkhidmatan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penilaian dilakukan secara berterusan selepas setiap sesi pengambilan, mengambil kira perubahan generasi dan keperluan semasa perkhidmatan.
  • Kaedah penilaian perlu diubah mengikut karakter Generasi Z, Y dan X untuk memastikan kesesuaian calon.
  • Pelaksanaan Profession Assessment Centre bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik ditinjau untuk menilai keberkesanan kaedah pemilihan.
  • Ujian psikometrik dinilai; masih digunakan kerana jumlah permohonan besar, menilai integriti, sahsiah dan keseimbangan emosi calon.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata penilaian itu dibuat secara berterusan selepas setiap sesi pengambilan, mengambil kira perubahan generasi, keperluan semasa perkhidmatan awam serta keberkesanan kaedah sedia ada.

“Setiap kali pengambilan kita akan membuat penilaian sama ada kaedah yang digunakan itu sesuai ataupun tidak dengan keadaan semasa.

“Ini kerana isu generasi juga berbeza. Generasi Z, Generasi X dan Generasi Y mempunyai karakter yang berbeza, jadi kaedah penilaian juga perlu berubah mengikut kesesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Profession Assessment Centre (PAC) bagi pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di sini.

Datuk Seri Dr Ahmad Jailani menegaskan SPA akan terus meneliti kaedah yang lebih berkesan bagi mengenal pasti bakat terbaik untuk diserap ke dalam perkhidmatan awam.

Tambah beliau, PSEE atau ujian psikometrik yang didakwa menyebabkan ramai bakat terpinggir daripada menyertai perkhidmatan awam turut dinilai keberkesanannya, namun setakat ini kaedah itu masih merupakan antara pendekatan terbaik untuk mengenal pasti calon yang paling serasi memandangkan jumlah permohonan yang sangat besar setiap tahun.

“Apa yang kita adakan dalam penilaian itu adalah satu bentuk penilaian psikometri yang melihat dari segi elemen-elemen dirinya sendiri.

“Contohnya integriti, sahsiah, ataupun keseimbangan emosinya. Kita ada beberapa teras dalam kita membuat penilaian yang menentukan keserasian calom dengan jawatan yang bakal mereka duduki itu,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.