ADN Muda Selangor: Belia diberi lebih banyak ruang sumbangkan idea

Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San / Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 1 Julai – Golongan belia diberi lebih banyak ruang untuk menyuarakan pandangan dan menyumbang idea terhadap pembangunan negeri menerusi program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjadi platform untuk mengasah bakat kepimpinan generasi muda dan meningkatkan pemahaman tentang sistem demokrasi.
  • Perbezaan tahun ini ialah kaedah pemilihan peserta, kawasan diwakili serta penetapan usul ditentukan peserta melalui pengundian.
  • Program dua hari menghimpunkan 56 peserta membahaskan empat usul: perumahan, undang-undang, keselamatan bandar dan kesihatan.
  • Sejak diperkenalkan 2023, program memberi pendedahan awal kepada belia berusia 18 hingga 35 tahun mengenai proses demokrasi dan perbahasan dasar negeri.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San berkata, program itu menjadi platform untuk mengasah bakat kepimpinan generasi muda serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai sistem demokrasi.

“Kelainan tahun ini terletak pada kaedah pemilihan peserta, kawasan yang diwakili serta penetapan usul.

“Semua usul datang daripada peserta dan mereka sendiri menentukannya melalui pengundian, bukan ditetapkan oleh pihak penganjur,” katanya pada majlis perasmian program ADN Muda Selangor di sini, hari ini.

Program selama dua hari itu menghimpunkan 56 peserta bagi membahaskan empat usul berkaitan perumahan, undang-undang, keselamatan bandar dan kesihatan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, program itu memberi pendedahan awal kepada belia berusia antara 18 hingga 35 tahun mengenai proses demokrasi dan perbahasan dasar negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.