Melaka rekod lebih 91 peratus kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan awam 2025

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/ Foto FB Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 30 Jun – Melaka merekodkan 91.94 peratus bagi kadar kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan awam pada tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas sokongan dan sumbangan kepada kerajaan negeri.
  • Pencapaian kerajaan negeri menyumbang kepada penerimaan lebih 10 pengiktirafan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Program Wakil Rakyat untuk Rakyat turun ke kawasan sasaran memberi perkhidmatan, dan MAPAN menganugerahkan 379 APC serta 39 AKP.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menzahirkan terima kasih kepada penjawat awam atas sokongan yang diberikan kepada kerajaan negeri.

Katanya, pencapaian itu turut menyumbang kepada kejayaan negeri itu menerima lebih 10 pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Pencapaiannya telah memberikan satu perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Ia disulami dengan Program Wakil Rakyat untuk Rakyat yang turun ke kawasan-kawasan sasaran bagi mendapatkan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam tempoh wakil rakyat untuk rakyat yang berlangsung selama dua minggu untuk sesuatu kawasan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) 2026 di Banda Hilir.

Pada majlis itu, seramai 379 penjawat awam negeri Melaka menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 39 orang menerima Anugerah Khas Perkhidmatan (AKP) bagi penilaian 2025.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.