SPRM tahan pegawai kanan disyaki minta rasuah RM50,000

SPRM

SHAH ALAM, 30 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat yang memiliki kenderaan tidak berdaftar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman tiga hari hingga 2 Julai dikeluarkan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam.
  • Suspek lelaki lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di sekitar Lembah Klang.
  • Siasatan mendapati suspek dipercayai meminta RM50,000 pada 23 Jun tetapi menerima tunai RM15,000; disiasat menurut Seksyen 17(a) SPRM 2009.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 2 Julai ini dikeluarkan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek didakwa meminta wang rasuah berjumlah RM50,000 pada 23 Jun lalu bagi menutup kes syarikat terbabit, namun kemudian dipercayai bersetuju menerima bayaran tunai sebanyak RM15,000 selepas jumlah asal dikurangkan.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.