
KUALA LUMPUR, 29 Jun- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa untuk beralih daripada budaya hanya mematuhi arahan kerja kepada budaya kerja yang mengutamakan hasil serta impak sebenar dalam memacu pembangunan luar bandar.
- Perlu perubahan budaya kerja radikal: utamakan hasil, bertindak pantas, berani membuat keputusan dan jujur menilai kelemahan.
- Pelaksanaan 28 game changer mesti memberi impak nyata di lapangan dan membuktikan pendekatan baharu lebih dekat dengan rakyat.
- Segar semula program bertindih, percepat projek perlahan, dan hentikan pendekatan lama yang tiada impak kepada komuniti.
Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan transformasi sektor itu tidak boleh lagi diukur melalui pelaksanaan program semata-mata, sebaliknya menuntut perubahan radikal daripada segi budaya kerja dan kecekapan dalam membuat keputusan.
Transformasi sebenar bermula daripada cara kita berfikir dan cara kita bekerja. Ia menuntut budaya kerja yang lebih pantas, keberanian membuat keputusan, kejujuran menilai kelemahan, serta kesediaan untuk berubah apabila sesuatu pendekatan tidak lagi memberi hasil.
“Sebab itu saya sering menegaskan, KKDW mesti bergerak daripada culture of compliance kepada culture of impact”, katanya demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disini.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2025 KKDW di ibu negara, hari ini.
Jelas beliau, pelaksanaan 28 game changer KKDW juga perlu dilihat sebagai gerakan pembaharuan yang memberi impak di lapangan bagi membuktikan pendekatan baharu kementerian yang lebih dekat dengan rakyat.
“Inilah disiplin baharu yang saya mahu dalam KKDW. Lebih pantas bertindak, lebih dekat dengan rakyat, dan lebih tegas memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan daripada duit kerajaan yang disalurkan melalui KKDW dan agensi.
“Saya mahu setiap program dan setiap keputusan benar-benar membawa hasil,” tegas beliau.
Tambah beliau, susulan daripada pendekatan baharu itu, setiap inisiatif kementerian yang menunjukkan kejayaan sebelum ini akan diperluas.
Manakala pelaksanaan projek yang didapati berada dalam fasa perlahan akan dipercepatkan.
Beliau turut mengingatkan agar program-program yang bertindih diselaraskan semula sementara pendekatan lama yang didapati tidak lagi memberi impak kepada komuniti luar bandar perlu diperbaiki atau dihentikan terus.