Krisis bekalan global: Kerajaan berjaya serap impak awal, lindungi rakyat

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Kerajaan berjaya menyerap impak awal krisis bekalan global dalam tempoh 100 hari sejak konflik Amerika Syarikat-Israel dan Iran tercetus pada Februari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Melaksanakan empat pendekatan: menjamin dan memanjangkan bekalan, mengekang kenaikan harga serta memanfaatkan peluang ekonomi.
  • Fokus utama: melindungi rakyat, menstabilkan bekalan dan harga, menyokong PMKS serta membina daya tahan ekonomi jangka sederhana dan panjang.
  • Memperkukuh bantuan dan subsidi bersasar, memastikan bekalan bahan api dan makanan mencukupi serta memperluas program Jualan Rahmah MADANI.
  • Bekalan bahan api mencukupi sehingga Ogos; stok beras termasuk penimbal mampu menampung keperluan selama lima hingga enam bulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah intervensi digerakkan menerusi empat pendekatan utama iaitu menjamin bekalan, memanjangkan bekalan, mengekang kenaikan harga serta memanfaatkan peluang.

“Pendekatan ini dilaksanakan melalui empat fokus tindakan iaitu melindungi rakyat, menstabilkan bekalan dan harga, menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta membina daya tahan ekonomi jangka sederhana dan panjang.

“Keutamaan kerajaan adalah menyerap kesan awal krisis bekalan global supaya rakyat tidak menanggung sepenuhnya tekanan kenaikan kos tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan kepada Ahli Dewan Rakyat berhubung krisis bekalan global di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, antara langkah yang dilaksanakan termasuk memperkukuh bantuan dan subsidi bersasar, memastikan bekalan bahan api dan makanan mencukupi, memperluaskan program Jualan Rahmah MADANI, serta menyediakan sokongan pembiayaan kepada PMKS yang terjejas.

Tambahnya, bekalan bahan api negara ketika ini mencukupi sehingga Ogos ini, manakala bekalan beras termasuk stok penimbal mampu menampung keperluan selama lima hingga enam bulan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.