Saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa, Maszlee antara calon bertanding

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selepas kesemua lima kertas penamaan calon yang diterima disahkan layak bertanding.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai pengurus mengesahkan tiada kertas penamaan calon ditolak selepas semakan.
  • Calon diumumkan mengikut susunan undi: Nicholas Paul Vincent, Wang Wesz Zong, Dr Maszlee Malik, Rashifa Aljunied, Tiow Chia Ling.
  • SPR menetapkan pengundian awal pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai.

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Zulkurnain Abdul Rahman berkata, tiada kertas penamaan calon ditolak selepas semakan dilakukan.

Beliau kemudian mengumumkan lima calon yang akan bertanding mengikut susunan dalam kertas undi, iaitu Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia), Wang Wesz Zong (Bebas), Dr Maszlee Malik (Pakatan Harapan), Rashifa Aljunied (MUDA) dan Tiow Chia Ling (Barisan Nasional).

“Setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya ketika mengumumkan senarai calon di pusat penamaan calon, hari ini.

Kesemua calon mengemukakan kertas penamaan masing-masing antara pukul 9.03 pagi hingga 9.16 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 7 Julai, manakala hari pengundian pada 11 Julai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.