PRN Johor: Pertandingan tiga penjuru di DUN Semerah

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Semerah, menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Foto/Bernama

BATU PAHAT, 27 JUN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Semerah, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohd Khuzzan Abu Bakar kembali dicalonkan PH; bekas Exco Negeri 2018-2022, fokus perkhidmatan masyarakat Semerah.
  • Calon BN Mohd Fared Mohd Khalid menegaskan tiada sengketa antara calon dan janji kempen yang harmoni di DUN Semerah.
  • Halim @ Othman Kepol disenaraikan sebagai calon mewakili PN.
  • Pegawai Pengurus Mohd Nazid Jasiman umum calon, tiada borang pencalonan ditolak.

Pertembungan melibatkan Mohd Khuzzan Abu Bakar yang mewakili PH, penyandang kerusi berkenaan, Mohd Fared Mohd Khalid daripada BN serta calon PN Halim @ Othman Kepol.

Calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya N.17, Mohd Nazid Jasiman dengan tiada borang pencalonan ditolak.

Calon PH, Mohd Khuzzan Abu Bakar menegaskan, akan memberi fokus untuk memberi khidmat kepada masyarakat Semerah terutama selepas pernah memegang jawatan sebagai
Exco Kerajaan Negeri pada 2018 hingga 2022.

“Insya-Allah saya akan pastikan kejayaan untuk PH. Pencalonan ini merupakan satu amanah yang saya galas untuk pihak parti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil percaya, Mohd Khuzzan merupakan calon terbaik di DUN berkenaan berdasarkan rekod cemerlangnya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, calon BN, Mohd Fared berkata, tiada sengketa antara ketiga-tiga calon bertanding memandangkan kesemuanya merupakan warga DUN Semerah.

“Saya beri jaminan, DUN Semerah akan tunjukkan cara berkempen paling harmoni antara ketiga-tiga calon ini,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.