Angka korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 589 orang

Orang ramai berdiri di atas runtuhan bangunan, selepas gempa bumi di La Guaira, Venezuela / foto REUTERS

CARACAS, 26 Jun – Angka korban akibat dua gempa bumi berturut-turut di Venezuela meningkat kepada 589 orang, manakala hampir 3,000 lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha menyelamat diteruskan, dengan beberapa mangsa ditemukan masih hidup.
  • Kerajaan mengisytiharkan La Guaira kawasan bencana; keperluan pelan tindak balas khas untuk kerosakan teruk.
  • Kawalan ketenteraan ditempatkan di La Guaira untuk membantu pengurusan kecemasan dan operasi mencari mangsa hilang.

Menurut Presiden Interim Venezuela, Delcy Rodríguez, usaha menyelamat masih diteruskan, dengan beberapa mangsa berjaya ditemukan masih hidup.

Rodríguez turut memaklumkan bahawa kerajaan telah mengisytiharkan negeri La Guaira sebagai kawasan bencana susulan tahap kemusnahan yang teruk, termasuk kawasan kediaman yang musnah sepenuhnya.

“Dalam tempoh 34 jam sejak gempa berkembar pada 24 Jun lepas, kami telah menilai keadaan yang telah menjadi satu tragedi besar dan memberi kesan kepada keluarga Venezuela,” katanya dalam taklimat rasmi.

Beliau memkalumkan keadaan di La Guaira memerlukan pelan tindak balas khas bagi menangani kerosakan besar yang berlaku.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Venezuela turut memutuskan untuk menempatkan kawalan ketenteraan di La Guaira, dengan angkatan tentera dikerahkan bagi membantu pengurusan situasi kecemasan di kawasan terjejas.

Langkah itu diambil ketika operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan di kawasan runtuhan, dengan pihak berkuasa memberi tumpuan kepada usaha mengesan mangsa yang masih hilang. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.