MyKad, SKDS kurangkan ketirisan bahan api bersubsidi

Ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran

PUTRAJAYA, 22 Jun – Penggunaan MyKad serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) berjaya mengurangkan ketirisan bahan api bersubsidi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mekanisme memastikan subsidi disalur kepada kumpulan sasar dan layak serta mengurangkan penyalahgunaan bahan api bersubsidi.
  • Ruang ketirisan dikecilkan walaupun belum menutup ketirisan secara menyeluruh.
  • Ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • 71,601 pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan dilaksanakan antara 16 Mac hingga 21 Jun menerusi kerjasama rentas agensi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengakui mekanisme berkenaan berupaya memastikan subsidi disalur kepada kumpulan sasar dan layak, selain mengurangkan penyalahgunaan bahan api bersubsidi.

“Penggunaan MyKad serta SKDS membolehkan ruang ketirisan yang berlaku dikecilkan, walaupun belum dapat menutup ketirisan secara menyeluruh,”katanya dalam sidang media sempena pengumuman pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau ketika merujuk Op Tiris 4.0 menjelaskan, ketirisan bahan api bersubsidi masih menjadi cabaran terutamanya di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Sebanyak 71,601 pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan telah dilaksana melalui kerjasama rentas agensi penguatkuasaan, sepanjang operasi bersepadu dari tempoh 16 Mac lepas sehingga 21 Jun,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.