
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali dan Parti Prosperity atas kemenangan mereka dalam pilihan raya umum negara itu.
- Mengimbau lawatan ke Addis Ababa 2025, lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia, menerima sambutan mesra dan mengadakan perbincangan penting dengan Abiy.
- Kami dan Perdana Menteri Abiy mendapati penilaian persekitaran hampir sama; negara Selatan Global akan mendapat manfaat melalui kerjasama.
- Ethiopia dihargai sebagai rakan penting dalam penglibatan Malaysia dengan Afrika; banyak inisiatif dimulakan tahun lalu dan akan diteruskan bersama.
Beliau menerusi hantaran Facebook turut mengimbau kembali lawatannya ke Addis Ababa pada 2025, lawatan pertama seumpamanya Perdana Menteri Malaysia, sambil mengingati sambutan mesra yang diterima beliau dan perbincangan penting yang diadakan bersama Abiy.
“Perdana Menteri Abiy dan saya mendapati bahawa kami menilai dan mentafsir persekitaran dengan cara yang hampir sama, dan negara-negara di Selatan Global berpeluang meraih banyak manfaat apabila saling bekerjasama,” menurut hantaran itu.
Perdana Menteri juga menyifatkan Ethiopia sebagai rakan penting dalam penglibatan Malaysia dengan Afrika.
“Banyak yang telah kami mulakan tahun lepas, dan saya berharap dapat meneruskannya bersama-sama,” tambah kenyataan itu.