
ISLAMABAD, 22 Jun – Iran dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan pelan hala tuju ke arah perjanjian muktamad dalam tempoh 60 hari selepas rundingan di Switzerland mencatat kemajuan positif.
- Kedua-dua pihak setuju menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi dan meneruskan perbincangan teknikal untuk memantau serta menyelesaikan proses rundingan.
- Pakistan akan terus memainkan peranan jujur dan ikhlas dalam menggalakkan dialog serta diplomasi bagi penyelesaian aman dan berkekalan.
- Pegantara Pakistan dan Qatar melaporkan kemajuan menggalakkan pada pusingan pertama, walaupun isu seperti Lubnan dan Selat Hormuz masih perlu diselesaikan.
- Bersetuju mewujudkan mekanisme meredakan konflik melibatkan Israel dan Hizbullah di Lubnan serta membuka saluran bagi keselamatan pelayaran komersial Selat Hormuz.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berkata kedua-dua pihak turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi bagi memantau proses rundingan serta memulakan perbincangan teknikal lanjut.
“Pakistan akan terus memainkan peranan yang jujur dan ikhlas dalam menggalakkan dialog dan diplomasi ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Panglima Medan Pakistan, Asim Munir, Timbalan Perdana Menteri, Ishaq Dar, dan Menteri Dalam Negeri, Mohsin Naqvi, atas peranan mereka dalam menjayakan rundingan itu.
Menurut pengantara Pakistan dan Qatar, pegawai Iran dan AS mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam pusingan pertama rundingan yang berlangsung di Switzerland.
Meskipun masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan termasuk berkaitan Lubnan dan Selat Hormuz.
Kedua-dua pihak turut bersetuju mewujudkan mekanisme bagi meredakan konflik melibatkan Israel dan Hizbullah di Lubnan.
Selain membuka saluran komunikasi bagi memastikan keselamatan pelayaran komersial di Selat Hormuz. – Reuters