
KOTA KINABALU, 15 Jun – Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api negara kekal stabil hingga bulan depan.
- Kerjasama erat antara kerajaan, Petronas dan pemain industri menjamin pengurusan bekalan bahan api serta mencegah ketirisan.
- Kerajaan mengekalkan subsidi bersasar termasuk Program BUDI MADANI, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dan subsidi bahan api kepada nelayan.
- Keutamaan kerajaan memastikan rakyat serta sektor ekonomi tidak terjejas dan bekalan bahan api terus terjamin.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia hasil kerjasama erat bersama Petronas serta pemain industri berkaitan.
“Alhamdulillah dengan kerjasama rapat melibatkan semua pihak kerajaan, industri, syarikat-syarikat pengusaha, kita dapat menjamin bekalan itu ada dan diurus dengan baik. Ini juga memastikan tiada ketirisan berlaku agar jaminan bekalan terjamin setiap bulan,” katanya
Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Smartplay Fleet Card SKDS di sini.
Kerajaan turut mengekalkan pelaksanaan subsidi bersasar termasuk Program BUDI MADANI, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) serta subsidi bahan api kepada nelayan walaupun melibatkan implikasi kewangan yang besar.
“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat serta sektor ekonomi tidak terjejas dan bekalan bahan api negara terus terjamin,” tambahnya lagi.