Warga emas rugi lebih RM9.08 juta terpedaya sindiket pelaburan saham

Gambar hiasan

KUCHING, 14 Jun – Seorang warga emas kerugian lebih RM9.08 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dan Tawaran Awal Permulaan (IPO) dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa lelaki 79 tahun mula berurusan dengan suspek pada Januari selepas ditawarkan peluang pelaburan melalui platform dalam talian.
  • Mangsa melakukan 27 transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza sepanjang tempoh pelaburan.
  • Menerima pulangan hanya RM1,000; menyedari penipuan apabila gagal mengeluarkan wang, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabuq’ menerusi kenyataan berkata mangsa lelaki berusia 79 tahun itu mula berurusan dengan suspek pada Januari lalu selepas ditawarkan peluang pelaburan melalui platform dalam talian.

“Mangsa yang percaya dengan tawaran tersebut telah melakukan 27 transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM9.08 juta.

“Bagaimanapun, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM1,000 sepanjang tempoh pelaburan berkenaan,” katanya

Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan serta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi pelaburan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.